Jul 13, 2012

Immortal

Bismillah, walhamdulillah. Moga rohku sentiasa dalam naunganmu Tuhan

Perasaan sebelum subuh dan selepasnya lain. Tp perasaan agar roh itu kekal bersama Tuhannya tetap sama. Moga2 roh itu tidk alpa bila mula bekerja, bersama teman, bergembira di hujung minggu, berjalan2, makan dengan berselera, tidur, rehat dn sebagainya. Moga roh itu tidk hanya dgn Tuhan nya bila beribadat, itu pun jika hadir rohnya, jiwanya berhimpun bersama.

Malam tadi bermimpi  menghulurkan sebekas potongan buah2 segar utk mak, buah kiwi basah yg menghijau dn strawberi merah segar."Mak" sambil aku hulurkan buah, lalu tersedar semasa menyebut mak. Aku kira sisa hidupku adalah menghantar tahlil dn doa utk mak, dn bermimpi kan mak...

roh itu adalah immortal, perkataan yg aku mula kenali semasa di matrik. Assignment kami tentang merokok dn kaitan dengan mortality. Jika bayi yg comel lote, berisi, kemudiannya sedikit kurus bila membesar, kemudian bila dewasa berisi kembali bila mula berkerja dn bekeluarga, dn kurus semula bila menjelang tua atau diserang penyakit, maka pipi yg dulu berisi mula jatuh dn muka mula terlihat makin mencengkung. Tetapi rohnya tetap sama, itulah roh yg immortal. Roh yg dibawa merata pelusuk dunia, yg melalui perjalanan hidup yg sukar dn panjang, gembira dn duka, ketawa dn gembira, akhirnya kembali kepada Tuhan ya ayyatuhannafsul mutmainnah, irjiii ila  rabbiki rodiatan mardiah, fadkhuli fi ibadi, wadkhuli jannati.. ameen..