Setahun lepas pada 12 Mei saya daftar belajar. Saya kalut cari rumah sewa padahal kenapa lah tak cari siap2 di Intenet. Mula lah rutin saya kembali sebagai seorang pelajar. Pada mulanya saya suka buat kerja di rumah. Tapi makin lama saya rasa kurang berdisplin dn juga disebabkan jenis cepat bosan dgn rutin yg sama, saya memilih untuk ke library pula.
Semasa daftar master dahulu, saya memang sambung nak dapatkan sijil. Masa tu saya jealous dgn Dik ma sbb dia smbung belajar sebab kecintaan dia kepada ilmu. Sekarang saya sudah merasa kecintaan itu, ameeen. Terima kasih Dik ma.
Sebenarnya impian saya adalah untuk melanjutkan pelajaran ke oversea, of course UK. Australia boleh juga. Tetapi apakan daya tiada rezeki di sana. Belum pun pasti melanjutkan pelajaran di mana, teman2 udah memberi kata-kata pujukan agar yakinlah study di Malaysia mungkin lebih baik untuk saya. Benarlah, pada awal tahun ini kesihatan mak mula merosot. Alhamdulillah, dapat berada di sisi mak semasa mak menghembuskan nafas terakhir. Al-Fatihah untuk arwah mak.
Semasa menjaga mak di hospital, saya curi2 buat kerja. Keluar kejap pi interview, balik JB sbb ada presentation, print journal bawak tidur di hospital. Saya beritahu Dil saya tak nak ambil subjek sem ni. Mak dengar perbualan kami dan ckp dgn lemah, Ibah ambil la. Ibah nak jaga mak, saya beritahu smbil memeluk2 kaki mak, itu la kegemaran saya semasa jaga mak. Dan mak senyap sahaja. Rupa2 Allah yang lebih berhak jaga mak.
Sebulan lepas mak pergi jadual pembentangan proposal keluar. Saya present apa yg termampu. Ketakutan tidak memenuhi hatiku hari itu. Saya udah lihat ketika roh meninggalkan tubuh mak, saya mandi kan mak dn lihat mak dikafankan. Saya udah nangis puas2 di surau selepas Dr kata mak sudah tak de harapan. Saya yakinkan diri kasih sayang itu tetap sama, dan selepas itu Allah beri kekuatan utk tidak asyik menangis.Pada hari Jumaat selepas Dr kata 'she will leave off soon', sambil tunggu Dr utk buat treatment keluarkan air, saya peluk mak, menangis sepuasnya, minta maaf dengan mak, halalkan susu dan mak juga menangis. Semasa Dr buat treatment, keluar pi call Efa. Sejak pagi efa call tapi tak sampai hati nak tinggalkan mak di katil. Hati pecah menangis bila bercerita dgn Efa. Sebaik beritahu mak meninggal Efa call lagi. Tak banyak ku bualkan kerana kolam hatiku sudah penuh, tak mahu dibiarkan melimpah di mata. Biarlah ibu sentiasa memenuhi hatiku.
Dua bulan lepas, pada tanggal 12 Mac Mak pergi, tapi seperti sudah 2 tahun rasanya. Semperna hari Ibu esok untuk yang tiada mak boleh celebrate dengan cara tersendiri, memperbanyakkan tahlil untuk Mak kita. We can celebrate mother's day too, and Mak pun tahu!