Jan 23, 2009

Pusing3x

Aku berkira2 untuk menaip entry ini atau tak. 1st..sebab entry ini ditulis dalam keadaan hangin. 2nd rasanya tak patut pulak membebel di pagi jumaat. (membebel pd diri sendiri).

Kejadian2 hangin ini akan terjadi dn diri ku akan lebih emosional. Pada ketika itu, aku akan lebih tegas pd diriku dn org2 disekililing ku. Bila musim2 tegas ku menjelma, prinsip2 ku mula memandu tindakan2 ku. Aku tak ambil port ape org ckp, yg selama ni menjadi keutamaan ku. Ada baiknya juga kan. Juga, aku akan sanggup melakukan aktiviti seperti memasak sehingga dapat menyiapkn menu2 yg mustahil pd hari2 biasa seperti nasi lemak, membuat smbal tumis dn memberi kepada jiran (setelah pinggnnya diperam selama setahun); menghantar paper ke journal; bertanya di tengah2 majlis dn mempersoalkn clause2 tertentu, memberi idea di dialog a/bangsa sehingga dijadikan antara resolution. bahkan berjalan kaki 3 jam ke indonesia, hehe :) Pada waktu ini hampir tiada yg mustahil utk disetelkan.

Pada musim ini aku akan lebih tegas dgn sesiapa. Bila penyewa rumah A enggan membayar sewa dn dia mula menuduh A bercakap belit2, aku membebel free kan penyewa tu setelah A tak mampu lawan balik tuduhan2 tu. Lu pikir la sendiri.

Bila lori yg datang nk angkut barang pindah rumah saiz sebesar lori tong gas Kuantan -Sg lembing, tapi charge harga lori 6 tonne, aku membebel free kat driver tu (sbnrnya aku suh dia beritahu boss dia).

Sebenarnya, marah2 aku x panjang pun. Lepas satu kejadian, aku akan tumpukn kpd kerja lain pulak. Org tgh semangat la katakan. Kebaikan lain pd musim ini aku lebih berani berdepan dngan orang yg suke jaga tepi kain orang dn menunggu nak jemur kain orang. Contohnya semalam, bila format exam ku diconteng2 di depan teman2 ku yg lain, aku pi ke bilik penconteng dn mempertahankn format exam ku. Aku tak nak ubah. Ini short answer, kenapa nk tukar short essay. Answer dn essay maksudnya samakah???? Dan aku tak perlu tukar. Puas!!

Pada musim2 ini aku juga anti ketidak efisenan (walaupun aku pun tidk efisen). Semasa aku ke bank *****, aku nak transfer dari akaun simpanan ke akaun kad kredit. Lantas aku meminta borang dari front desk officer (memang front sebab meja nya betul2depan cermin masuk bank)

Aku: Cik, nak borang transfer akaun
Cik meja depan: transfer ikut ATM je la, dua2 akaun bank *** kan?
Aku: Errr
Cik meja depan: kenapa? tak de duit ke
Aku: (Aku nk transfer tapi tak de duit?, peg. bank apakah ini?) tak, takkn saya nk keluarkn duit dn masuk balik bank dn bayar pulak.. ni akaun kad kredit
Cik: o0o00o.. (smbil mengeluarkn borang yg seperti hampir jarang digunakan)
Aku: 'NAMA AKAUN' ni nak tulis ape?
Cik: Nama awak.
Aku: 'NAMA AKAUN - nama saya? (tahu kh cik ini musim saya komplain term yg tidak sama dgn maksudnya, musim ini sy sgt mementingkn integriti)- Saya menjangkakan dia akan berkata akaun simpanan, akaun kad kredit dn lebih kurang itu.

Akhirnya, smpai di kaunter, urusan tak dapat dijalankn, akaun simpanan di kuantan jadi kena daptkn pengesahan dari cwgn Kuantan dulu katanya. Dn peg. kaunter minta keluarkn di ATM dn kembali ke kaunter. Di ATM, rupanya hanya ada duit RM10 shj dn setiap keluaran tidak lebih dari 30 keping. So, bermkna sy kene keluarkn 7 kali.

peg kaunter: tak pe la, duit RM10 pun tak pe
saya: so kene keluar byk kali la.
peg kaunter: aaah
saya: tak pe la, sy buat kt tempat lain. sy transfer between akaun bnk rakyat OK je.

Begitulah Bank 'untuk semua ni' yg masih tak de cash deposit machine kat sini dn online banking ku tak dapat dibuat sbb record not found.

Aku hangin lagi...Terima la lirik lagu Gigi - Nakal

oh..
kuhanya bisa menahan perasaan
oh..
semua karena kelakuan nakalmu

c/o
panas panas panas
panas badan ini
pusing pusing pusing
pusing kepala ini

Jan 19, 2009

Kerana setiap saat..

KERANA SETIAP SAAT

*** dedikasi utk warga Palestin***

KERANA SETIAP SAAT
KAU MEMPERTAHANKAN KAMI
KERANA SETIAP SAAT
KAU BERJUANG KERANA MARUAH UMAT
KERANA SETIAP SAAT
KAU PEWARIS TANAH SUCI
DAN KAMI BERSAKSI
SETIAP SAAT
KAU HIDUP DAN MATI
SEBAGAI PERISAI PILIHAN ILAHI


KERANA SETIAP SAAT
*** dedikasi untuk mak***

MAK

KU TAHU
SATU HARI NANTI KAU AKAN TINGGALKAN KAMI

MAK
KU TAHU
SATU HARI NANTI KU AKAN TERESAK2 BERHARI2

MAK
KU TAHU
SATU HARI NANTI AKU TAK DAPAT MENATAP WAJAH REDUP MU LAGI

MAK
KU TAHU
SATU HARI NANTI TIADA LAGI SUARA MU BERCERITA TAK HENTI2

MAK
KU TAHU
SATU HARI NANTI KU AKAN HIBA SESAL DN HIDUP TAK BERERTI

KERANA ITU MAK
BIARLAH KU SENTIASA DISISI
MENDENGAR CERITA MU SEHARI2
MENATAP WAJAHMU TANPA JEMU
BERCERITA SEGALA HATI KU YG TAK KAU TAHU
MEMBERI ERTI SELAGI KU DI SINI

KERANA SETIAP SAAT..