Aug 8, 2016

Bahagia itu

Bahagia itu
Apabila hari2 berlalu dengan bersahaja
Sedih dan duka, gembira dan tawa
berlalu begitu sahaja
Kawan datang dan pergi
keluarga bertandang dan pulang
akhirnya
ia menjadi satu
rasa syukur atas hari-hari
kerana hikmah nya tidak terperi

Bahagia itu
apabila rasa resah mula hilang
pahit menjadi manis
duka menjadi redha
bibit2 senyuman atas kecewa
semuanya menjadi satu
rasa syukur atas yang berlaku
kerana tanpanya tak kenal erti bahagia sejati

Bahagia itu
bila benci dan cinta
sesama teman dan saudara
akhirnya menjadi satu
ukhuwah itu tetap terpelihara
rasa syukur atas yg berlaku
kerana masih ada hari untuk dinikmati


Aug 4, 2016

JIKA KAU

Jika kau (bahagian 1)

Jika kau merasa punyai teman yang ramai itu bahagia, tiada teman di sisi pasti derita buatmu
Jika kau merasa punyai pasangan dan keluarga itu bahagia, hilang mereka pasti satu derita buatmu
Jika kau merasa mampu menjalankan tugas kerja itu bahagia, hilang kerja pasti satu derita buatmu
Jika kau merasa penghargaan teman dan majikan itu bahagia, tiada penghargaan pasti satu derita buatmu

Jika kau merasa punya harta dan nama itu bahagia, hilang darimu pasti satu derita buatmu

Jul 16, 2016

Redefining happiness

I have redefining my happiness by including and excluding some elements. The recent posting by Prof Kamil http://muhdkamil.org/ support my determination for this redefinition. Entah, my work and personal life urge me to do so.

The impact of this redefinition somewhat satisfied. I am less  exhausted lately. Thank you Allah for all your nikmat

Berpuasa di Cyberjaya (part II)

Berpuasa di cyberjaya biasa-biasa sahaja. Balik dari kerja singgah di bazar Putrajaya atau cyberjaya. Buka puasa ala kadar dan bergegas untuk siap-siap solat terawih di Masjid Cyberjaya. Pastinya masjid Sultan Mizan bacaan nya lebih digemari. Imam dari Mekah dengan bacaan mengesankan.

Selamat tinggal ramadhan 1437. Ia ramadhan penuh kenangan.

Jun 22, 2016

BERPUASA DI CYBERJAYA

I Learned that every mortal will taste DEATH. But only some will taste LIFE. ~Rumi.

Pejam celik sudah setahun saya bermukim di tempat baru. Sebab musabab berpindah ke sini perlu diingati dan dipenuhi kemas-kemas. Bermula di Putrajaya saya menetap hampir setahun. Ia bandar yang cantik dan sehingga berkali-kali saya nyatakan pada kakak penduduk di sini perlu dikenakan cukai!

Di sini saya belajar memahami spesifikasi jalanraya yang betul. Contohnya di persimpangan empat, lengkap garisan kuning diikuti zebra crossing dan garisan kuning kembali, traffic light dengan butang untuk pelintas jalan. Semua kelihatan lengkap dan tersusun. Sebelum ini dipersimpangan terdapat dua garisan yang membuat kan saya keliru garisan yang mana perlu diikuti? Rupanya zebra crossing tidak ditandakan di antara dua garisan itu.

Putrajaya bandar terancang. Ia bandar kegemaran abah. berkali2 abah suarakan hasrat untuk membeli rumah di putrajaya. Namun, harganya tiga kali ganda rumah kami di Kuantan. Abah juga seringkali mengatakan MRT perlu dibina di sini. Aku agak tercengang, bandar lengang ini mana mungkin perlukan MRT. Betul cakap Abah, makin lama tempat ini makin sesak orang keluar masuk. Dijangkakan MRT akan dibina di Putrajaya pada tahun hadapan. Ah, abah sudah merantau ke Eropah. Apalah dibandingkan imaginasiku dgn imaginasi abah. Alfatihah untuk Abah

To be continued
(Perubahan daripada saya kepada Aku atas sebab emosi semata-mata)

May 26, 2016

Life

Life is getting complex. Username and password are keep increasing. The memories of handphone, online storage, laptop, desktop email are almost full. However, is that worth?

People will make we angry, but dont be reactive. We should not be controlled by them. Also, we are His slave, but do we appear like that? Supposedly we are controlled by our Owner, by His guides.

Ramadhan Kareem.

May 2, 2016

My Dearies

Dear Adik,

Today  is your first day working at that new place. I wish all the best for you. Make a living is not easy, I think you know that well. Life is not always as what we expect, but expect the hiccups will always come along the way.

I wish you will have a better life, day by day. Put aside all negatives thoughts you always stick to. More importantly, leave all your excuses in toilet bowl, whenever and wherever you see it.

Dear E,

I know life is getting tougher there. I pray Allah will give you the best as the best has yet to come. Take care of your health and I wish you will be here soon. Amin

Dear Kak H,

I know how terrible it is being an orphanage. We fought weeks ago and later I learnt you loose your mom. Your deep sorrow is wordless. When I saw you days ago, tears filled your eyes. I hug you and I wish to hug you longer as the pain being left by love ones I already felt it before.  Keep fighting kak, as tears, broke down, fears and aimless are part of life, our beautiful life. When we get together in Jannah, what is the first word we are going to say to our parents? Keep thinking it now. Smile.