Just to share an email from my colleague. Kawan, Sahabat dn Teman..
(Utk shabat ku Efa, moga Mak nya kembali pulih dan dapat berjalan seperti biasa, Ya Allah beri kasihani lah mereka sperti mana mereka mengasihani kami sejak kecil)
Di antara kawan, teman dan sahabat…
MEMANG manusia tidak dapat hidup sempurna tanpa kehadiran manusia lain di sekeliling mereka. Superman, Spiderman, Ultraman, hatta Keluangman pun ada mempunyai kawan, teman dan sahabat.
Penulisan ini mengenai kawan, teman dan sahabat daripada sudut kacamata saya. Semoga selepas membacanya, sedikit sebanyak boleh kita sama-sama berfikir mengenai adanya kehadiran manusia lain di sekeliling kita. Manusia yang penting walaupun mereka bukan ada pertalian darah dengan kita.
Siapa ya yang boleh kita kategorikan sebagai kawan? Apa beza kawan dengan teman? Sahabat pulak macam mana? Kepada sesetengah orang perbezaan ini tidak penting (contohnya tidak menjejaskan gaji bulanan yang diterima, he he he). Atau tidak sepenting jumlah bonos yang diterima pada tahun lalu… Namun perlu diingat perkara yang sangat penting bagi allah bukan berbentuk wang ringgit atau material.
Atau pun mereka sudah mampu berbangga jika mempunyai ramai kawan... Bagi mereka teman, kawan dan sahabat sama sahaja, yang penting orang di sekeliling tidak menganggu kehidupan mereka...(pulak dah).
Namun apa salahnya kita mendalami sedikit ungkapan yang selalu jugak kita gunapakai tu:
KAWAN KAWAN KAWAN KAWAN KAWAN KAWAN
Kawan lebih merujuk kepada di mulut sahaja. Biasanya merujuk kepada for the sake of kenal je, mengehai-hai bila berjumpa atau terserempak.
Kala masa sesuai pulak kita ajak mereka ke kedai minum dan berbual-bual kosong (topik tidak berapa serius. Namun begitu fungsi kawan penting, kawan-kawan akan menemani kita, menolong kita, dan boleh buat kita rasa seronok kalau kena caranya. Dalam kehidupan kita memang memerlukan kawan apatahlagi dunia sekarang proses globalisasi rancak berjalan.Kita tidak boleh duduk sorang. Kawan pula ada yang boleh kita katogerikan kawan baik atau kawan akrab dan sebagainya.
Kawan juga merupakan cermin diri kita, atau dengan erti kata lain kawan boleh dijadikan ukuran diri kita. Maksudnya, secara umum bila seseorang itu ramai kawan boleh la kita katakan ia suatu yang positif. `kalau perangai tidak elok, tak ada orang yang sudi berkawan' dengan kita kan?.
Tetapi jika ramai orang tidak suka berkawan dengan kita, atau menjauhi kita (atau dipulaukan) mungkin ada sesuatu yang kita boleh baiki pada diri kita kot (tetapi jangan la baiki diri kerana nak diterima orang semata-mata sehingga tidak mempunyai personaliti diri langsung, he he he).
Bila kita berkawan dengan `kawan', biasanya jauh di lubuk hati masih ada keraguan...biasanya kita tidak berani hendak ceritakan rahsia besar yang kita ada, kita bimbang dia bocorkan... atau kita tidak selesa untuk beritahu pandangan kita mengenai hal-hal yang sensitif takut dia tak setuju dan menilai kita pula. Berkawan tidak bermakna semua perkara boleh diceritakan, kan...?
Kawan yang baik sukar dicari...tapi percayalah ianya ada.
TEMAN TEMAN TEMAN TEMAN TEMAN TEMAN TEMAN
Teman pulak lebih kepada sesuatu yang accasionally, mungkin dia teman sepejabat, teman serumah, atau teman berbicara (dan teman tak semestinya jadi kawan). Contohnya semasa saya menyewa sebuah rumah di Petaling Jaya (masa final year kat UM), rumah tersebut memiliki 7 bilik besar (rumah bekas iman masjid besar Petaling Jaya).Terdapat 18 orang pelajar lain dari berbagai fakulti (sewa ramai-ramai supaya bayaran bulanan perindividu jadi rendah). Bila sudah ramai, kita tidak rapat dengan semua orang apatah lagi rumah jadi tempat tidor dan mandi sahaja. Apa yang saya nak beritahu bukan semua penghuni rumah tu jadi kawan saya...sekadar teman serumah je.
Begitu juga teman sekerja kita, tak semua jadi kawan kita kan...kan? walaupun berbuih mulut majikan menyarankan supaya berkawan dengan semua orang di dalam organisasi (contohnya konsep sahabat) tetapi kehidupan tidak semudah itu, manusia cenderung mencari kawan berdasarkan kepada beberapa perkara lain (bukan kerana terus berkerja dalam suatu organisasi terus jadi kawan, apatahlagi kalau organisasi besar).
Teman wanita? he he he. Malas nak terangkan, nanti 3 helai kertas tak cukup…
SAHABAT SAHABAT SAHABAT SAHABAT SAHABAT
Sahabat mungkin darjat yang paling tinggi jika ungkapan teman, kawan dan sahabat tersebut mahu dikastakan atau dihairakikan. Perkataan sahabat lebih keramat dan suci sifatnya (dan bunyinya juga). Ia sesuatu yang tidak boleh dipaksa atau diusahakan tetapi tubik dari hati kedua-dua yang terlibat. Sahabat merujuk kepada all the time. Ia boleh survive melalui masa, merentasi jarak dan lokasi.
Kita boleh menjadi kawan atau teman secepat kilat tapi untuk wujud menjadi sahabat makan masa, makan pengamatan dan makan persefahaman (tak semestinya persamaan). Bukan senang kita nak menerima orang dalam kehidupan kita dan bukan senang orang lain nak menerima kita dalam hidup mereka. Tetapi di sekitar kita kadang-kadang perkataan sahabat sudah dihilangkan kedaulatannya. Contohnya seperti di bawah.
`Ni sahabat saya ****' pakai hembus je perkataan sahabat tu padahal ia masih dalam taraf kawan (baru je kenal 2 minggu, kot-kot teman je)...
Saya bukan berniat nak menarafkan orang-orang di sekeliling tapi kadang-kadang janggal sebab sebutan itu tak berbau ikhlasnya...he he he.
Always encourage people to START TALKING and GET TO WORK - Prof Peter Woods - and PROMOTE ISLAM!
Mar 6, 2009
Bekalalan dan Aura Cuti
Aura cuti telah terasa. Kawan saya sana sini menuju/ sudah ke kampung halaman masing2. Begitu juga saya, next week 1 week cuti insyaAllah.. kenapa kami cuti awal seminggu dari cuti sekolah? sbb bukan cikgu sekolah, so coti pun pepandai sendiri..
Masa belek2 gmbr utk dicuti.. saya jumpa gambar ni. Pictures taken at Bekalalan - A memorable trip
Mar 1, 2009
Feb 24, 2009
Hari yang menyedihkan
Hari ni hari yg menyedihkan, walau hanya berlaku ptg tadi. Bila kereta mula memasuki garaj, aku mula rasa sedih, lalu bergenang lah air mata ku. Masuk rumah smbung nangis lagi. Mula teringat kwan2 yg tak penah pedih kn hati ku. Kt toilet, aku mula menangis teresak2. Kalau sblm ni aku dgr cerita je kawan ku nangis di toilet, dn petang ni aku pulak. Control2 malu kalau jiran sebelah dgr.
Lepas magrib aku smbg nangis lagi smbil msg2 Fizah.. aku nangis, dn nangis lagi smpai pening. Rasa nk EL je.. pas Isyak aku nangis lagi.. dn aku tengok kt cermin mata dh nak bengkak.. nak nangis lagi? Lu pikir la sendiri…

Feb 17, 2009
1st step trouble some
Dr M: yang penting normality of the dependent v/b. test yg itu saje pun dh cukup
Prof H: we hv to test both (indpndnt and dpnt v/b). let me see ur data
Kak S: once we did the 4 steps tu, kira data kita dh normal. nilai "r" dia biasa la akn kecik sikit. parametric test tak reliable sangt..
aku: huhuhuuuu

Feb 10, 2009
Transformasi
Saya dalam proses transformasi. Transformasi berfikir. Dulu..masa belajar saya suka fikir baaaaaaaaaaaaaanyak perkara. Hingga saya tak tahu mana priority saya. Semua yg saya fikir adalah merupakan priority diri saya. Tak ke parah..
Itulah masalah kalau byk sgt berfikir. Masa borak2 dgn Efa, saya buat satu konklusi sendiri: Org yg tak boleh berfikir atau byk sgt berfikir, jgn bagi byk pilihan, bagi je arahan.
Berfikir memberi nikmat pd saya, rasanye lah. Tp padahnya bila nk bertindk. Multiplicity of ideas whereas it only needs a single action.
So!!! Semperna tahun 1430 ni, saya sudah penat nk berfikir terlalu byk perkara. Dah lama solat saya tak khusyuk, saya tak nak sakit darah tinggi sebab stress yg bukan2. Al'aklussaalim fi jismi saalim. Oh! selama manakah aku bertahan.. (pikir lagi..)

Feb 9, 2009
Tahniah!!!
Tahniah untuk Sahabat tercinta NurHidayah Abdullah a.k.a Ida. Ida baru selesai mengerjakan umrah dan selamat tiba Sabtu lepas.
What's else? Ida akan ke Australia 21.2.2009, insyaAllah, untuk menyambung pelajaran ke peringkat phd. Berita Ida sgt mengujakan saya. Saya kenal Ida masa smbung belajar di UIA. Bilik Ida sebelah bilik saya, saya 2.4, Ida 2.3. Kami sama2 duk di blok PG Mahallah Asma'. Kawan2 lain termasuk K.Zila, Dik ma, Fizah, K.Eka, K.Ruhil dan K.Yet.
Masa di UIA kegemaran Ida mendengar motivasi pagi Dr. H.M Tuah. Pada notice board di biliknya penuh kata2 semngat dan pada pintu bilik terpampang nama Dr. Nurhidayah. Kesabaran, kepasrahan, redha, dn kekuatan jiwa Ida dalam menghadapi ujian kehidupan Allah balas dengan nikmat yang tak terucap dengan kata2. Dua minggu lagi, Ida akan terbang membawa cita2 nya. Selamat berjuang Ida - and you really inspired me!