Jul 23, 2007

Cinta

Apalah yang mampu kita katakan
Bila cinta Allah mengatasi cinta sesama insan
Apa lagi yg kita mampu katakn
Bila ada harapan, tp tetap berpegang pd takdir Tuhan
Apa lg mampu difikirkn
Bila di depan hanya ada jalan2 menghampiri Tuhan
Bukankah Dia mengetahui segalanya
Tanyalah Dia
Pasti Dia berbicara....

Jul 20, 2007

tenang..jangn tinggalkan aku

tenang
sentiasa lah disisi
jangan kau pergi
setialah menemani
hati dn sanubari

tenang
pilih lah aku
menjadi ratu mu
hadir mu
cukup membahagiakn ku
tak ku biarkn musuhmu
mengganggu bahagiamu
dn bahagiaku
cukup lah engkau
sbgai teman baru ku

Jul 18, 2007

Moga ketemu lagi

selamat tinggal teman
berbahagialah kau di sana
bersama wangian syurga
atas nama seorang wira

selamat tinggal teman
senyum ceria mu

pernah dulu bersamaku
atas nama perkenalan ini
moga bertemu lagi
di taman abadi

(tribute to Nor Intan Asykeen Mohd Arof, one of the victims of Nuri crash at Genting Sempah. Al- Fatihah)

Jun 15, 2007

Hadith




Dari Abu Hurairah r.a dari Rasulullah s.a.w sabdanya "tidak seorang pun di antara kamu yang amalnya dapat meyelamatkannya." Tanya seorang lelaki "amal Anda juga begitu, ya Rasulullah?" Ya aku juga. Tetapi Allah melindungiku dengan rahmatNya. Kerana itu tambah giatlah kamu meluruskan amalmu!"


Dari Jabir r.a katanya dia mendengar Nabi s.a.w bersabda: "Bukan amal seseorang yang memasukkannya ke syurga atau melepaskannya dari neraka, termasuk juga aku tetapi ialah semata-mata rahmat Allah swt belaka.


Jun 14, 2007

Dan berzikirlah

Berzikirlah
semampu-mampunya
setiap masa
tak kira di mana

Berzikirlah
di kala tenang dan gelisah
di kala senang dan susah
di kala bahagia dan gundah

Berzikirlah
kerana Tuhan-Mu yang pemurah
yang menjadikan cinta dan air mata
untuk dinikmati sehari2

Berzikirlah
sebagai benteng maksiat
benteng bisikan
yang sentiasa membelenggu

Berzikrlah
semahu-mahunya
jangan jemu
kerana engkau milikNya

May 17, 2007

belief, values and attitude

Kelas minggu ini berkisar tentang microenvironment and macroenvironment. Salah satu komponen di dalam macroenvironment adalah cultural values. Di dalam buku text menyatakan "most people believe in working, getting married, giving to charity, and being honest. These belief shape more-specific attitudes and behaviors found in every day life."

Lantas saya bertanya pada student, "what are the differences between belief and values, and which one comes first? Bonus mark to the group that could answer the question", sambung saya. Masing-masing bercakap2 sesama sendiri. Berkali-kali saya mengulang soalan, masih enggan mana-mana kumpulan cuba memberi jawapan.

Seorang pelajar perempuan India di barisan depan mengangkat tangan. "OK, bangun", kata saya setelah beliau cuba menjawab sambil duduk di tempatnya. "Value comes first dan kemudian belief sebab setelah kita melihat nilai2 diri seseorang baru kita percaya pada dia". Beberapa pelajar lelaki di belakang meneriak "salah2".

"Jangan cakap salah, saya tak cakap apa2 pun" Balas saya tersenyum. "OK, jawapan lain". Masih lagi takut2 memberi jawapan. "OK, saya bilang sampai 3, 1...,2..., OK, please", kata saya apabila seorang pelajar ingin mencuba.

"Belief comes first sebab belief kita dapat dari agama, dan values kemudian. Tak semua nilai kita ada, ada nilai yang kita ada, ada nilai yang kita tak de"

wah!!, cetus hati saya. "OK, A very good answer, bonus mark for the group".

That girl gave the answer that I'm looking at. Saya meneruskan lagi, "everybody has religion. So our belief derives from our holy scriptures." (apabila kelas selesai, saya baru sedar sepatutnya hadith turut dinyatakan, atau sekurangnya menyatakan holy scripture as the primier source).

"Then, baru values come. If you have problems with your belief, than you will have conflict with your values. Therefore, you have to change, sorry, you have to enrich your belief," sambung saya lagi (saya mesti memilih word yang betul krn students saya multiraces).

Student mengangguk perlahan. Moga mereka akan terus berfikir tentang hubungan antara belief, values and attitude.

May 12, 2007

Awareness 800

Awareness 800
Utk capai mudah saja
Henti kan dalang yang malas bekerja
Dengki tak habis-habis
Tunjuk kuasa
Bermaharaja lela
Kurang agama
Bijak tipu daya
Bengis, berang, bangang

Di depan Tuhan
Mampukan dia
Sedang
Di depan insan
Mengelak saja

Awareness 800
800 penyakit hati ada di sni
Di dalam hati si pengkhianat ini
Segeralah ke mari
Kami hulubalang sentiasa menanti
Tangkap saja panglima kami
Kami tak tkut mati
Tapi sayang
Mulut kami dikunci
Tangan kami digari
Jika berani
Esok lusa rezeki dicincang
Derita panjang
Hanya kerana ku derhaka
Pd petualang